Friday, October 15, 2010

Cara memikat hati orang lain..



Hari ni, aku bukan nk ajar korang cara2 mengurat tapi bagaimana ingin memenangi hati kawan dan mempengaruhi orang lain..Sebagai seorang guru, aku memang perlu ilmu2 camni untuk handle murid2 aku yg special2 tu..Ilmu ni aku dapat hasil bacaan sebuah buku yang paling laris jualannya di Amerika Syarikat..Penulisnya yg termasyhur iaitu Dale Carnegie.. Terdapat lebih kurang 30 cara bagi memenangi hati seorang kawan atau mempengaruhinya..

1. Elakkan daripada mengkritik, mencela atau mengeluh
2. Berikan penghargaan yg jujur dan ikhlas
3. Bangkitkan minat dlm orang lain
4. Bersungguh-sungguh menaruh minat pada org lain
5. Senyum
6. Ingat nama setiap individu itu
7. Jadi pendengar yang baik
8. Bicara mengenai minat org lain
9. Buat org lain berasa penting
10. Hindari pendebatan
11. Tunjukkan penghargaan pd pendapat org lain
12. Mengakui kesalahan dengan segera
13. Mulakan perbualan yg mesra
14. Pengaruhi org lain mengatakan "ya" dgn segera
15. Biarkan org lain lebih banyak bercakap daripada kita..

No comments:

Post a Comment