Saturday, July 6, 2013

Majalah Pengantin Edisi 23 MAC 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah meluangkan masa terhadap blog aku ini...dan pada kali ini aku akan berkongsi tentang peristiwa yang penting dalam hidup seseorang iaitu perkahwinan...Post kali ini ala2 Majalah Pengantin gitu....Jadi kepada mereka yang sedang merancang untuk mendirikan mahligai, bolehlah  lihat2 kt blog ini untuk mencetuskan idea kalian tentang warna tema perkahwinan dan tema pernikahan, jenis baju pengantin dan baju nikah, jenis hantaran, bentuk pelamin, jenis2 pakaian yang sesuai semasa sesi fotografi outdoor dan yang paling penting ialah possing2 yg menarik ketika bergambar.



Untuk sesi outdoor yang pertama, kami telah memilih tema warna putih mutiara...kira aku dapatlah merasa ala2 pakaian navy gitu,cuma xde pangkat lah kt bhgn bahu tu....kalo ade, compom org duk tertanya general mana ler yg duk berpossing sakan ni..kuikuikui..










Bagi majlis pernikahan pula, kami telah memilih untuk mengenakan kain ala2 sutera berwarna hijau muda bagi kedua mempelai..baju aku siap bersulam di kolar, saku dan pergelangan tangan bagi menyerlahkan lagi mood nk nikah..kang kalo baju melayu biasa ajer, takut sama lak dgn jurunikah..aku xkisah pun kalo sama cuma aku takut tetamu tak dapat bezakan mana satu pengantin...tu ajerrrr...ahakzzzzz









Bagi majlis persandingan di rumah pengantin perempuan @ bini aku, kami telah memilih baju pengantin bertema berwarna kelabu purple termasuklah tema pelamin, khemah dan juga bilik tidur..tapi xde lah kami gunakan hanya dua warna kelabu dgn purple jer..kang xpasal2 atas pelamin org xnmpk pengantin...mana tak nyer, warna pelamin dgn baju pengantin sama je...korang jgn risau pasal tu, pandailah mak andam tu mengenakan warna2 lain bagi menyerlahkan lagi dirimmu sbg raja sehari....













Untuk sesi fotografi outdoor yang kedua, kami telah memilih pakaian tradisional yang bertemakan warna brown-gold...lokasinya pula di istana lama yang berada di negeri Perak...time tu mmg aku rasa mcm laksamana Hang Tuah lah...mau jugak aku bersilat dalam istana tu tapi xnklah..takut org ckp, baru kawen dah gilo..kuang3x...















Sampai setakat ini dulu yang aku dapat kongsikan...sekiranya ade permintaan supaya aku postkan bentuk2 hantaran kami, gambaran yang jelas pelamin kami, tema baju pengantin di majlis umah aku, tema hantaran time bertunang dan lain2 lagi, leh lah tinggalkan komen di bhgn komen bwh blog ini..insya Allah aku akan tunaikan permintaan kalian...bukannyer ape..kan org kata...sharing is caring...semoga perkongsian aku kali ini memberi manfaat pada kalian semua...Doakan kebahagian kami hingga ke syurga dan dikurniakan anak2 yg soleh dan solehah utk kami...Amin.


Model : Firdaus & Fariza
Photo edited : Suhaimi Tuah
Location : Teluk Intan, Perak

2 comments:

  1. Teringat balik kenangan lama masa jadi pengantin...hihihi ...jemput ke blog saya http://ibuddd.com/cara-cantikkan-kulit/cantikkan-kulit-dengan-beras-dan-oat/

    ReplyDelete