Friday, November 22, 2019

Renovation/tambah dapur rumah

Assalamualaikum W.B.T

Entri kali ni aku nk berkongsi cerita aku tentang projek extend/tambah dapur rumah aku. Rumah aku terletak kat area Kolej Manipal Melaka...Rumah ni aku beli dalam tahun 2010.. Arwah ayah yang banyak berurusan dengan pemaju rumah aku tu sbb time tu aku berkhidmat di Sarawak..segala urusan pembayaran hanya dapat dibuat bila aku blk melaka time cuti sekolah..Apabila rumah tu siap untuk didiami, aku masih berkhidmat kat Sarawak lagi..so rumah tu aku jadikan homestay..keluarga aku  yg uruskan homestay tu....Dalam tahun 2013, aku dpt transfer blk melaka..so aku xjadikan homestay lagi sebab aku nk duduk rumah tu.

Ni ler rumah aku...

Dan setelah hampir 7 tahun aku menginap di rumah ni, aku n wife pun berbincang utk buat tambahan dapur. Dekat belakang umah aku ni ada ler tanah dalam 15kaki pjg utk dibuat tambahan.

Ni ler belah belakang umah aku utk wat tambah dapur.

So kami pun mula lah membuat pencarian kontraktor dan pelukis pelan utk projek ini...area rumah aku ni bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)...so aku dpt contact pelukis pelan dr MPHTJ utk hasilkan pelan projek dapur aku ni..senang berurusn dengan pelukis pelan ni..beliau mmg profesional...xkira pagi ke mlm ke aku wassap utk bertanya, mmg dia akan reply..recommended beb..

Ini lah sebahagian pelan kasar utk renovation nnt

Bila pelan kasar dah siap, kami pun mula lah mencari kontraktor utk siapkan dapur kami tu mengikut citarasa dan budget yang kami ada..ramai gak kontraktor yg kami panggil dan tunjukkan pelan kasar tu...semua kontraktor melayu yang aku cari...#BMF ..Kami buat perbandingan quotation yang diberi..akhirnya aku berjumpa lah seorang kontraktor Melayu ni...seorang yg humble dan senang nk dibawa berbincang..lgpun aku dah siasat dan tanya beberapa org yg pernah wat projek renovate rumah dgn kontraktor ni...hampir semua yg memuji dan berpuas hati hasil kerja beliau..setelah 3kali buat perjumpaan dan berbincang (perbincangan dlm wassap@phone mmg xterkira ler byk nyer)...kami pun memulakan projek...

Kat sini aku lampirkan gambar2 semua projek tambahan dapur aku tu dari mula hingga lah siap...semoga sesiapa yg nk wat tambahan atau renovate dapur, leh lah dpt idea sket dari sini....

Kawasan projek..


Projek meng"clearkan" kawasan


Kawasan projek yg dah clear..


Piling..

Simen..

Naik bata...

Bata dah siap naik

Bahagian tepi

Naik genting

Pasang bumbung tepi

Dapur dah naik dinding

Pemasangan siling dan wiring


Pemasangan table top

Pemasangan lantai

Pemasangan kaunter bar

Projek dah hampir siap 90%... 

Setelah 1 bulan setengah ( dalam 45++ hari ), maka projek dapur aku dapat lah disiapkan tp tak sepenuhnya lah sebab ada benda2 yg perlu ditambah mcm kabinet dapur, bidai tingkap dan lain2..so ini lah hasilnya setakat ini...

Bahagian dapur

Kaunter bar

Luar dapur

Tepi dapur

Ramai yang tertanya2 sape lah kontraktor yg merealisasikan impian kami ini...Nama penuh aku xingat...aku panggil dia Millie ajer...Kontraktor Melayu yang boleh dipercayai..wife aku berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dipamerkan..aku pun rekomen kontraktor ni..selain #BMF, hasil kerjanya baik dan mudah dibawa berbincang...Orang2 kat Melaka, korg xyah pening2 cari kontraktor..korg cari jer dia...settle...yang kat luar Melaka lak, korg kene tanya dia dulu lah..Nama kompani Millie ni MAW Sinar Ent...ni link fb dia.. https://www.facebook.com/maw.sinar.77...kalo korg berhajat utk wat keje2 tambah rumah, baiki rumah or bina rumah baru ker, korang leh contact Millie : 012-3649890..

En. Millie

u/p : time contact dia tu, korg ckplah dpt no dia ni dari blog firdausology aku ni...


Syukur kepada Allah dan terima kasih Millie serta semua yg terlibat dalam projek tambah dapur aku ni..terutamanya wife aku yg design dan berkongsi kewangan utk merealisasikan impian kami ini.So sampai di sini sahaja perkongsian aku kali ni..sebarang komen atau pertanyaan, boleh lah korg tulis kat bawah blog ni bhgn komen..kita jumpa di post akan datang..







3 comments: