Friday, January 13, 2012

PENDEDAHAN 2011

Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh.


Dengan izin Allah, akhirnya kita telah masuk ke tahun 2012..Pelbagai kenangan pahit manis yg telah kita lalui sepanjang tahun lepas..2011 merupakan tahun yg bermakna buatku kerana byk impianku telah tercapai pada tahun tersebut. Terima Kasih Allah memudahkan perjalanan hidupku dan memakbulkan impianku sepanjang Tahun 2011.

HOME SWEET HOME
Setelah hampir 2 tahun aku menunggu, akhirnya pada November 2011, rumah yang berharga RM185,000 telah siap dibina dan secara sah menjadi milikku apabila CF (sijil menduduki) diserahkan kepada ku. Seronok tu mmg seronok ade umah sendiri tapi nk bayar umah tu yg wat aku pening sket…aku wat pinjaman bank selama 30 tahun..perghhhh…dh nk kat  pencen nnt baru aku abes bayar umah ni...adoiiii

Ni belum ade pagau lagi..tanah pun masih merah lagi..





Adelah sket tanah kt tepi umah ni untuk main kebun2, keluarkan peluh nnt..




Ni lah pemandangan dari depan pintu pagar umah aku...




Ni lah rupa umah aku yang dh siap 100%.. xdelah besau sgt..kira oklah untuk tumpang berteduh dari panas dan hujan...bersyukurlah ape yg telah kita perolehi.



HATI INI TELAH DIMILIKI..

Pada 26hb Disember 2011, maka terjawablah persoalan " Milik Siapakah Hati Ini "... So pada mereka2 yg asyik tanya aku bila nk kawen...so aku dh wat langkah pertama..just doakan perhubungan kami smp ke jinjang pelamin seterusnya berbahagia hingga ke syurga...Time aku single, diorg tanya xde gf ke..bila dah tunang ni diorg nk tgk pulak dgn sape aku bertunang..pasni kompom ade yg tanya bila majlis...pas dh nikah nnt diorg tanya lagi dh dpt ank ke lom..bila dh ade anak pulak diorg tanya lg, anak dh darjah brp...adoiii...tp xpe..di situ aku dpt lihat betapa mereka menyayangi dan mengambil berat ttg aku..terima kasih...aku jua menyayangi kalian semua...


Menarik gak kek cup ni..ucapan kt kek ni laaagiii menarik...hahaha



Majlis menyarung kain sarung...opssss..menyarung cincin lerrrrrr





F&F bersama hantaran




Dia yg menjadi pilihan hati...Alaa...tomey...tomey..



Alaaa tomey2 ke atau alaa tombam2 ni??...hehehehe



Oklah...sampai di sini jelah yg dpt aku smpkan...semoga semua persoalan2 kalian telah terjawab..cerita kt atas ni cuma maklumat ringkas aje..jumpa lagi di masa akan datang..Kita hanya merancang dan Allah jua yg menentukannya..Semoga Allah memakbulkan impian kita dan memudahkan perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat...Aminnnn....





2 comments: