Wednesday, July 17, 2013

STS first series....


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada mereka yang sudi melayan post aku kali ini...tajuk post aku  kali ini iaitu "STS first series" bermaksud "Selamat Tinggal Semadoh" bagi siri pertama..ini bermaksud akan ada siri STS yang seterusnya lah...heheh...mata xdpt nk lelap..almaklumlah malam ni mlm last aku berada di bumi Semadoh...esok lebih kurang jam 7.30 pagi aku akan meninggalkan Long Semadoh...agak sedih gak lah...huhu...adapun post kali ini ditujukan khas kepada mereka yang telah aku tinggalkan iaitu warga Sek. Keb. Long Semadoh Lawas Sarawak dan penduduk kampung Semadoh...jadi sebelum aku berceloteh panjang, marilah kita sama2 menonton video yang aku lampirkan ini utk korang lebih mengenali kehidupanku sepanjang berada di Long Semadoh...





Kepada warga Sek. Keb. Long Semadoh yg sedang berkhidmat sekarang tp muka korg xde dlm vid ni, aku minta maaf lah sbb time aku wat vid ni, korg lom ade pun lg kt Sek. Keb. Long Semadoh tahun 2009...Harap maklum n pohon maaf yerrrr....

Video2 ni aku siapkan time awal2 aku posting..time tu duk bersemangat..maklumlah "penyapu baru"..pas setahun dua aku kt sini, dh malas lak nk wat vid2 cmni...byk benda yg lebih penting perlu aku lakukan sbg pendidik yg berjiwa besar dan bercita2 tinggi...cewwwwaaahhhhhhhhhh!!!(Ini semua poyo! Bak kata awie)..kuikuikui...sekali sekala terpoyo xsalahkan?? ahakzzzzz....









Setelah 4tahun 6 bulan aku berada di Long Semadoh, Lawas Sarawak....maka kini tibalah masanya untuk aku mengundur diri...banyak yg telah aku tempuhi selama berada dgn kalian warga Long Semadoh...pelbagai kenangan dan pengalaman yang tidak akan dapat aku lupakan sepanjang berada bersama kalian...

Masih ku ingat lagi bagaimana kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Semadoh...kalian menjemput aku seperti keluarga sendiri..aku berasa seperti sudah lama mengenali kalian semua walaupun itu kali pertama kita berjumpa...gurau senda kalian, kasih sayang yg kalian curahkan, ilmu dan pengalaman yg kalian berikan...akan ku gunakan sebagai bekalan hidupku pada masa2 akan dtg..


Inilah barisan terkini SKLSM...terima kasih buat rakan2 sepenjawat ku yg tahan dgn karenah aku yg giler2 ni..pasni dh xde dh org giler dlm SKLSM lg..ahakzzzz



Jejaka2 macho yg menjadi igauan anak2 kadi (gadis) di Long Semadoh...ahakzzzz


Bersama murid2 ku ketika mereka berada di Tahun 2...kini dah tahun 6 dah...semoga kalian menghadapi UPSR dengan baik dan pastikan keputusan tahun ini antara yg terbaik SKLSM pernah capai..


Ini murid2 ku ketika tahun 1..sekarang ni dah tahun 5 dah...mulakanlah fokus utk UPSR pada tahun depan agar prestasi SKLSM terus melonjak....


Time santai2 bersama murid tahun 6 dan murid tahun 1 pada 2009..


KEM 1 Malaysia di SK. Purusia selama 10hari sbg fasilitator... 


Time bermandi-manda dan bersukaria bersama pelajar2 SKLSM...


BBQ time bersama murid2 darjah 6 tahun 2012....



Walaupun kita berlainan fahaman politik, kita tetap anak Malaysia...Bersama YB. Baru Bian, Ketua PKR Sarawak selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Bakelalan sempena sambutan Hari 1Malaysia di Kampung Semadoh Rayeh...



Bersama org2 kuat SKLSM sempena sambutan kedatangan ku sbg guru baru pada Januari 2009..

Kehadiran Ketua Polis Sarawak bagi lawatan ke Balai Polis Long Semadoh...


Pergerakan Staff secara senyap2 menjelajahi kampung2 di Long Semadoh..ahakzzzzz


Bersama penduduk kampung keluarga angkat ku di Kampung Long Telingan iaitu salah sebuah kg yg terdapat di Semadoh.


Pertemuan sulit wakil2 setiap kampung di Long Semadoh...akhirnya kata putus telah di ambil...yg pegang kayu tu telah dilantik menjadi penghulu SKLSM sehingga kini...kuang3x....  



Bersama kumpulan Bamboo Band Long Semadoh sempena sambutan hari guru..dah mcm YB lak aku tgk mamat botak ni..kuikuikui...


Oklah...sampai di sini sahaja yg dapat aku kongsikan dalam post yg bertajuk "STS first series"..sesampai sahaja aku berada di bumi ku Melaka yg bersejarah, aku akan mula berkarya semula bagi menyambung karya STS siri kedua pulak...dalam siri kedua itu, akan ku sajikan pelbagai kenangan yg terbaik ku sepanjang berada di bumi Sarawak yg sgt berharga dan xkan dpt ku lupakan sepanjang hayat..diharapkan kalian menantikan siri kedua tersebut...Sebelum aku melangkah pergi, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada SEMUA warga SKLSM, SEMUA penduduk2 Semadoh, SEMUA rakan2 di Lawas, dan tak lupa mereka yang membawa aku ke bumi Kenyalang ini iaitu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN Sarawak) & Pejabat Pelajaran Daerah (PPD Lawas)..terima kasih buat kalian semua dan selamat tinggal....huhu.....





1 comment:

  1. Dah 4 thn lebih kau transfer yer. Tinggal 5 org je lagi batch kita yg masih ada di Lawas....😁

    ReplyDelete