Sunday, May 11, 2014

Aku kini bergelar bapa...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yg mengikuti perkembangan blog firdausology ini...Segala puji bagi Allah yg telah permudahkan perjalanan hidupku serta mengurniakanku zuriat yg sihat dan sempurna...dan  aku ingin berkongsi kegembiraanku bersama kalian semua kali ini....kini aku telah bergelar bapa...naik satu lagi tahap hidup yg lebih bermakna...Maklumlah anak pertama..mestilah excited...


Kira-kira jam 5.30 pagi, isteriku telah mengejutkanku dari tidur...rupanyer perutnya dah mula sakit..dh mula ade petanda utk baby kuar dh ni...cun pulak hari tu cuti umum Hari Pekerja 1hb Mei 2014...aku mmg xkeje lah..setelah bersiap, aku dan isteriku pun bergerak ke hospital besar melaka (HBM)...dalam kereta kedengaran azan Suboh berkumandang...maka berdoalah aku agar semuanya berjalan dgn lancar..jarak HBM dari rumah aku terlalu jauh sehingga memakan masa 5 hingga 7 minit utk smp...ahakzz..(hospital belakang umah aku jerr)

Sesampai ajer di HBM, isteriku terus ditahan dlm labor room...bersolat Subuh lah aku di HBM pg tu..dari Subuh smp ke tengahari isteriku di tahan dlm bilik tu..aku duk ber s.m.s je dgn bini aku sbb xdibenarkan masuk..dlm duk rancak ber s.m.s dgn bini aku. tetiba aje bini aku xreply msg aku..aku dh mula risau..duk s.m.s td, dia cuma kata dh rasa sakit, pastu tetiba je senyap..mungkin dia berehat kot..azan Zohor mula berkumandang...tetiba isteriku hantar msg kt aku yg berbunyi.." Alhammdulillah..dh bersalin...heee "  .....terperanjat btol aku...biar btol dh bersalin??? mudah nyer...kalo cmni,tetiap tahun leh beranak lagi ni..ahakzzz...solat Zohor ku pada hari itu disertakan sujud syukur di atas kurniaanNya dan dipermudahkn urusan kami...Alhamdulillah....


Seorang puteri seberat 2.9 kg selamat dilahirkan pada jam 1.20 tengahari...pada hari keenam, pilihan nama telah diputuskan...Balqis Insyirah binti Mohd. Firdaus...aku pun ke pejabat pendaftaran negeri, mendaftarkn kelahiran puteriku...



Koleksi beberapa keping gambar Balqis yg dpt aku kongsikan dgn kalian :









video

2 comments: