Saturday, June 1, 2019

Hari ini 1hb Jun 2019, genap 100 hari pemergian ayahandaku Hj Ismail bin Hj Jantan.. Al-Fatihah...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Hari ini 1hb Jun 2019 maka genaplah ke-100 hari pemergian ayahanda kami iaitu Allahyarham Haji Ismail Bin Haji Jantan yang berasal dari Bertam Hulu, Melaka.





Tujuan utama posting kali ini adalah untuk memberitahu dan menyebarkan kepada sahabat handai dan semua kenalan Allahyarham yang belum menerima berita pemergian Allahyarham Haji Ismail Bin Haji Jantan pada 22 Februari 2019 yang lepas.


Saya mewakili ahli keluarga memohon maaf sekiranya ada di antara pembaca yang mengenali Allahyarham, lambat atau langsung tidak menerima berita pemergian Allahyarham.



Allahyarham merupakan seorang guru dan seterusnya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Kaunseling dan meneruskan karier sebagai Kaunselor.



Sepanjang kariernya sebagai seorang guru dan kaunselor, Allahyarham Haji Ismail Bin Haji Jantan pernah bertugas di :

SMK TUN ISMAIL, BATU PAHAT JOHOR
SMK JLN. KOLAM AIR, ALOR GAJAH MELAKA
SMK GAJAH BERANG, MELAKA
SMK MUNSYI ABDULLAH, MELAKA
SMKA SHARIFAH RODZIAH, TELOK MAS MELAKA
SMAP KAJANG, SELANGOR
KOLEJ MATRIKULASI MELAKA, LONDANG MELAKA
SMK BUKIT KATIL, MELAKA
SMK CANOSSA CONVENT, MELAKA

Allahyarham telah memilih persaraan awal pada umur 52 tahun atas faktor kesihatan. Setelah bersara, Allahyarham menerima beberapa jemputan sebagai penceramah motivasi di sekolah2 dan NGO serta terlibat dalam sesi Kaunseling Keluarga di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Yang terakhir, Allahyarham menyertai sukarelawan At-Taqwa, Majlis Agama Islam Melaka sebagai sukarelawan melawat pesakit-pesakit di Hospital Besar Melaka. 






Kami berharap semua yang mengenali Allahyarham memaafkan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hidupnya bersama kalian. Halalkan segala makan minum dan semuanya. Andaikata sekiranya Allahyarham pernah berhutang dengan kalian, bolehlah berjumpa kami untuk melunaskan hutang tersebut.



Akhir sekali kami memohon kepada semua untuk mendoakan kesejahteraan Allahyarham. Semoga Allahyarham tergolong dikalangan orang yang beriman dan ditempatkan bersama-sama mereka yang dikasihi oleh Allah Taala........Al-Fatihah.....



#selamatberpuasa
#selamathariraya


2 comments:

  1. Amin Ya Rabbal Alamin, Pihak Madrasah Ar-Rabbaniah Darul Ikhlas Krubong Melaka mengucakpan Ta'ziah atas kepergian Ayah tuan, semoga Allah tempatkan beliau di kalangan para Syujada dan Shalihin bersama para Anbiya dan Mursalin di Syurganya Ya Allah

    ReplyDelete
  2. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
    سلام تهزيه... سموݢ روح ايهندا دتمڤتکن برسام سام صالحين
    .
    بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ۞
    ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّين۞

    ReplyDelete