Sunday, September 20, 2020

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MALAYSIA TAHUN 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menjadi sejarah negara yang terpahat dalam kenangan seluruh rakyat Malaysia.

FASA 1 : 18 MAC - 31 MAC 2020

FASA 2 : 01 APRIL - 14 APRIL 2020

FASA 3 : 15 APRIL - 28 APRIL 2020

FASA 4 : 29 APRIL - 12 MEI 2020

FASA 5 : 13 MEI - 09 JUN 2020 (PKPB)

FASA 6 : 10 JUN - 31 OGOS 2020 (PKPP)

FASA 7 : 1 SEPTEMBER - 31 DISEMBER 2020 ( akibat wujud kluster2 baru)


*PKP - Perintah Kawalan Pergerakan

* PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

* PKPD - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

*PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan


Fenomena2 baharu yang berlaku sepanjang tempoh PKP.

> Hari Jumaat tiada solat Jumaat sepanjang tempoh PKP...masjid2 dan surau2 ditutup

> PKP dalam bulan puasa. Tiada bazar Ramadhan dan tiada solat tarawikh berjemaah di masjid@surau

> Tiada buffet Ramadhan di hotel2 seperti tahun sebelumnya

> Tiada sambutan Hari Raya Aidilfitri, tiada solat Aidilfitri di masjid, tidak boleh balik kampung, tiada kunjung mengunjung dan tiada open house.

> Tiada bunyi mercun dan tiada berita yang cedera akibat mercun

> Harga minyak menjunam jatuh sehingga RM1.25/liter

> Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang PKP dan kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

> Semua sekolah ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian. Kerja sekolah untuk murid di hantar dalam group whatsapps.

> Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan. Tiada bersalaman antara satu sama lain. Bersalam tangan ditukar dengan meletak tangan di dada.

> Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter antara pelanggan.

> Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai dalam sesuatu masa.

> Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tiada kaitan dengan pembekalan makanan diarah tutup.

> Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Aktiviti riadah dan bersenam dalam rumah.

> Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan semua dibatalkan. 

> Pub, kelab malam, rumah2 'urut', pusat2 karaoke, pusat perjudian dan tempat2 maksiat yang lain ditutup..(harap tutup terussss lah)

> Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama ahli keluarga dibatalkan. tapi digantikan dengan nikah online.

> Tiada lagi jemaah di masjid dan rumah-rumah ibadat ditutup.

>Tidak dibenarkan berkumpul 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 atau lebih..last2 10 orang atau kurang pun tidak dibenarkan.

> Taman permainan kanak-kanak ditutup.

> Kekurangan stok penutup muka, gaun dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

> Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.

> Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan dan tiada cecair pembersih tangan.

> Rak-rak di kebanyakkan kedai menjdi kosong kerana pembelian panik.

> Kilang-kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visor, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

> Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

> Harga tiket kapal terbang murah tetapi tidak dibenarkan melancong.

> Sidang media dari Kementerian Kesihatan Malaysia di keudarakan setiap hari.

> Kemaskini kes terbaharu, yang telah sembuh,pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari pada jam 5 petang.

> Jalan raya menjadi kosong sunyi sepi tanpa kelibat manusia dan kenderaan selepas jam 8 malam.

> Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar rumah.

> Pekerja kesihatan pula manjadi khuatir dan takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa ahli keluarga sendiri.

*Copy, edit n paste

#Kita Lakukan Bersama

#Kita Jaga Kita

#Kita harus Menang



No comments:

Post a Comment