Wednesday, September 23, 2020

HIKMAH SEPANJANG PKP TERHADAP DIRIKU..

Assalamualaikum w.b.t...post sebelum ni aku menceritakan tentang fenomena2 baharu yang berlaku dalam Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)...Di sebalik kejadian penularan Covid 19, aku memandang dari sudut positif....So hari ini aku nak berkongsi antara hikmah2 yang aku dapat rasakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

1. Dah mula jaga kesihatan badan

Berat aku sebelum PKP ialah nak dekat 90kg...bukan xnk diet tapi xde masa nk plan utk workout or jaga pemakanan...maklum ler pagi2 dah keluar keje..ptg uruskan anak2..malam dah letih terus tido...esok pk lagi pasal keje...xde masa nk pk psl badan yg dh mula memboroi ni..apabila PKP diumumkan..so tak dibenarkan keluar utk bekerja selama hampir 4bulan..so time ni lah ada masa utk memikirkan benda2 bermanfaat termasuk turunkan berat badan..aku start kawal pemakanan aku..aku dah mula buat diet IF (Intermittent Fasting)...pastu aku main treadmill selang sehari..alhamdulillah kini berat badan aku dah hampir mencapai 80kg...turun hampir 10kg beb..






2. Belajar bercucuk tanam

Bahagian tepi rumah aku ada ler sedikit tanah sbb rumah aku kira conner-lot lah..so cuti PKP ni aku mula berjinak2 dgn berkebun..aku mula join fb psl berkebun..tgk youtube cara tanam sayur..pastu tanya2 org pasal fertigasi..dan aku pun mulakan langkah beli peralatan dan bahan2 utk berkebun..lagipun berkebun leh keluarkan peluh dan leh capai matlamat aku utk turunkn berat badan..So aku pun mula lah berkebun..Alhamdulillah dapat lah aku rasa hasil tanaman aku sekarang ni..




3. Dah pandai main Tik Tok

Antara Tik Tok paling viral time PKP ni ialah Dont Rush Challenge...aku ni xpernah pun main tiktok tapi bila dah bosan sgt duk rumah time PKP, aku try2 lah main tik tok utk suka2...last2 terjebak terus..hahaha..tapi bila dah start bertugas semula, aku dh xmain tik tok lagi dah..xde masa dah..ni antara Dont Rush Challenge yg aku buat... 





4. Jadi Imam dan Baca Khutbah

Puasa tahun ni pun berbeza sama sekali..tiada bazaar ramadhan, tiada solat tarawikh di masjid dan tiada bubur lambuk...begitu juga Hari Raya Aidilfitri..tahun ni solat sunat Aidilfitri di kediaman masing2..dan aku mengambil kesempatan ini utk menjadi imam solat sunat Aidilfitri dan baca khutbah raya untuk ahli keluargaku..Alhamdulillah...









5. Belajar buat Mesyuarat / Kelas secara Online

Sebelum ni aku yakin ramai yang selalu buat mesyuarat @ kelas secara online..aku prefer buat kelas face to face berbanding online..oleh kerana arahan PKP, sebarang pertemuan dilarang..maka nak x nak kene lah belajar buat kelas secara online..last2 aku dah pandai guna google forms, apps quizzes, apps kahoot dan apps2 pembelajaran yang lain bagi menarik minat murid2 aku belajar secara online...






6. Pergi ke masjid awal untuk Solat Jumaat

Pada awal PKP solat Jumaat berjemaah di masjid telah dilarang..apabila keadaan semakin pulih, diberi kelonggaran untuk solat jumaat di masjid tapi dalam kapasiti yang tertentu..ada masjid yang buat surat jemputan kepada org tertentu shj utk solat jumaat setiap minggu..so kalo ko dapat surat jemputan solat jumaat tu kira feeling macam dapat panggilan haji lah..hoho...bila keadaan semakin lagi pulih, solat jumaat dibuka secara walk-in mengikut kapasiti yang dibenarkan..siapa yang terawal shj sebelum kapasiti maksimum dpt solat jumaat..so sepanjang PKP, aku dah mula pergi solat Jumaat awal waktu...dulu bila start mengaji baru aku nk bersiap ke masjid..time PKP ni, bilal lom start mengaji lagi aku dah terpacul dalam masjid..hahaha




7. Dah pandai beli barang secara Online

Perkara ni mmg dah berlaku sebelum PKP lagi tapi sejak PKP ni, beli secara online spt menjadi suatu fenomena smpkan hub2 pos2 laju penuh dengan lambakan barang2 online..aku yang dulu jarang beli online pun dah terjebak dan pandai beli barang2 secara online..ni antara brg2 online yg aku beli sepanjang PKP...



8.  Belajar buat Tag Laluan demi sosial distancing untk murid.

Sosial distancing atau dalam bahasa melayu nyer ialah penjarakan sosial merupakan langkah penting bagi mengurangkan penularan virus Covid-19...Oleh kerana sekolah akan dibuka untuk murid2 dlm suasana pandemik ni, so aku telah diberi tugas utk menyediakan tag laluan murid di sekolah agar dapat megelakkan pertembungan atau sentuhan dalam pergerakan di dalam sekolah..




9.  Belajar menjadi pelakon

Mesti korang pelik aku jadi pelakon cerita ape? Haha...aku berlakon untuk simulasi penataran peraturan kembali ke sekolah utk sekolah aku...panjang videonya tapi aku ambil part yang aku berlakon ajer...kalo nak tgk video full leh cari dalam post2 FB aku..



Sebenarnya banyak lagi hikmah disebalik penularan Covid 19 ni..cuma bergantung pada diri kita untuk melihat ke arah positif atau negatif dalam sesuatu perkara yang terjadi..so sampai di sini shj yg dapat aku kongsikan dengan kalian..jumpa di post2 akan datang..terima kasih sudi menjenguk blog aku...Assalamualaikum w.b.t....





No comments:

Post a Comment