Thursday, October 15, 2026

IJTIMAK MELAKA 2026


 

Assalamualaikum W.B.T...Dah hampir 4 tahun aku tinggalkan page blog aku ni...tapi kawan2 tempat kerja aku lah yang telah menyebabkan aku buka balik blog aku...bulan lepas aku telah diviralkan satu sekolah sebagai artis hanya kerana mereka baru terbuka blog aku ni dan baru tahu aku pernah menyertai Ujibakat Raja Lawak dan aku lepas stage pertama..tapi post aku kali ni bukan nk cerita pasal tu..cerita pasal tu korang boleh tgk post2 aku yang lepas bertajuk " Aku Ke Audition Raja Lawak 5"...



Post aku kali ni aku nk berkongsi dengan korang pengalaman aku berkampung di Masjid Al-Azim Melaka selama 3 hari 2 malam mengikuti Ijtimak Zon Selatan yang berlangsung pada 14 - 16 Ogos yang lepas. Tujuan aku post tentang perkara ni adalah untuk memberi gambaran apa yang berlaku sepanjang Ijtimak berlangsung dan ingin mengajak kawan yang teringin untuk ikuti dan join aku pada masa akan datang. Aku sebenarnya mula mengenali Tabligh ketika aku sekolah menengah lagi..Aku start keluar 3 hari ketika aku berumur 16 tahun bersama ustaz dan rakan2 sekolah aku..ketika itu lah aku mula mempelajari dan mengenali istilah2 seperti khuruj, bayan, tasykil, gasht, ta'lim dan lain2..ketika aku di universiti pun aku terlibat dengan program tabligh di UMS...sehinggalah aku posting di Sarawak, aku pernah juga keluar bersama tabligh di sana...akhirnya aku dapat pindah dan bertugas tmpt lahir iaitu di Melaka...di sini, aku dah ada komitmen keluarga..jadi aku dah tak ikuti program tabligh..



Sehinggalah pada awal bulan Ogos yang lepas, aku dapat berita tentang Ijtimak Zon Selatan yang akan  berlangsung di Masjid Al-Azim Melaka..dah lah dekat dengan rumah aku..andainya aku terlepas menyertainya, pasti aku akan menyesal..dengan persetujuan ahli keluarga aku, maka aku tinggalkan lah mereka selama 3hari 2malam.



Aku hadir ke ijtimak tersebut jam 3.30ptg..aku daftar nama..oleh kerana aku dtg secara persendirian dan bukan dr group tabligh mana2, so mereka benarkan aku bermalam di dalam perkarangan masjid..utk mereka yang hadir melalui group tabligh, ada khemah2 yang telah disediakan diperkarangan luar masjid mengikut kawasan dan khemah yang telah ditetapkan.



Selepas solat Asar secara berjemaah, ada taklimat dan penerangan tentang perjalanan program ijtimak..selepas taklimat, jemaah boleh bersiap sediakan diri untuk solat maghrib secara berjemaah..selepas solat maghrib, ada bayan (ceramah) yang disampaikan sehinggalah jam 10.00 malam..selepas  itu baru solat isyak secara berjemaah..selepas solat isyak, baru makan malam dan berehat di khemah masing2..untuk makan malam, mereka semua telah mempunyai kupon..mcm aku yang dtg sendiri, aku boleh mendapatkan kupon berharga rm20 bagi sedulang makanan untuk 4 org..dah aku dtg sendiri, mana dtgnya 4 org...so aku beli makanan kt luar..ada jer khemah2 jual makanan, pakaian, dan sebagainya di luar kawasan masjid ni..




Selepas makan malam, masing2 boleh lah berehat di tempat tidur masing2..jam 4 pagi aku dah bangun untuk bersiapkan diri untuk solat suboh secara berjemaah..sementara tunggu solat suboh tu, boleh lah buat ibadah2 sunat. Setelah solat suboh, ada bayan (ceramah) selepas Suboh sehinggalah jam 9.00 pagi..selepas itu pergi sarapan..jam 10.00 pagi ada Halaqah Taalim..duduk dalam kumpulan dan dengar hadith dan mengaji@tadarus untuk baiki bacaan surah2 dlm juzuk Amma...selepas itu bersiap diri untuk solat zohor berjemaah..selepas itu makan tengahari dan berehat di khemah masing2..ada yang meneruskan amalan2 sunnah duduk dalam kumpulan sambil mendengar hadith dan ilmu agama.



Waktu asar, masing2 bersiap sedia untuk solat asar berjemaah..selepas solat Asar, ada Bayan (ceramah) sehingga jam 6 lebih..selepas itu bersiapkan diri untuk solat maghrib secara berjemaah..begitulah rutin aktiviti dalam Ijtimak ni sehingga hari yang terakhir...Ijtimak Zon Selatan ini berakhir waktu tengahari hari Ahad 16 Ogos 2026..Selepas Solat Zohor secara berjemaah, mereka berkemas2 dan bersurai.



Daripada yang diberitahu kepada aku, setiap tahun mmg akan diadakan perhimpunan Ijtimak ni..cuma lokasi sahaja berubah..jadi untuk Ijtimak yang akan datang, aku berdoa agar Allah Taala memilihku lagi utk menyertainya..Kali ni aku harap tak pergi seorang diri...aku nk pergi dengan kawan2 aku yg nk rasai pengalaman bersama jemaah tabligh..aku tahu ramai yang nak join tapi xde kawan kan??bukan apa, xbestlah xde kawan kan..kalau ada kawan, boleh kita dengar bayan sama2, leh kita makan sedulang hidupkan amalan sunnah sama2, duduk berkumpulan bersama2 dalam majlis Taalim, beriktiqaf malam dan berbual sebelum lelapkan mata , bangun sama2 pagi2 buta dan mandi sejuk2 sambil berborak, bila2 masa free kita keluar jejalan kt gerai2 jualan..haha!


Dalam perhimpunan ni, langsung tiada paksaan..kalau time azan, ko xnk join solat berjemaah sekali time tu, ko nk wat keje lain..terpulang..diorg xdtg paksa pun..sukahati ko ler nk buat apa..pastu time bayan(ceramah)..ada je yang xjoin..ada yg gi mandi, ada yg gi makan..semua terpulang pada diri masing2..mereka dah sediakan program, so korang yg hadir nk ikut atau xnak...xkisah..mcm aku, mmg aku ikuti je program yag dah disediakan..so kawan2 yang mengenali aku..yg rasa nk join next ijtimak, leh tinggalkan komen dan no telefon kat bawah blog ni..nnt aku wassap korang..masalah parking??korang leh dtg parking rumah aku pastu aku minta wife aku anta kita semua...settle!

No comments:

Post a Comment