Tuesday, March 8, 2022

COVID-19 SURVIVOR

 Assalamualaikum W.B.T kepada semua yang mengikuti blog aku..seperti mana yang kita ketahui, penularan covid-19 semakin pantas dan mudah tersebar..Malaysia pulak sedang menuju ke fasa endemik..jadi no wonder lah penularan virus ni semakin meluas..aku antara yang tak terlepas dari penularan virus ni..So entri hari ni aku nk berkongsi pengalaman aku sebagai " Covid-19 Survivor". Untuk pengetahuan korang, yang tau aku positif covid ni cuma ahli keluarga induk aku dan ahli keluarga mertua aku sahaja..selain dari tu, sorang pun aku tak maklumkan..malas nk pjg cerita..lagipun perkara ni dah mcm perkara biasa..so pasni sesape yg tau aku pernah positif covid-19, compom dia dapat tau dari blog aku ni..haha

                                                 Saliva Test aku... penampakan 2 line di situ.

Ceritanya bermula begini..tempoh persekolahan tinggal seminggu lagi sebelum cuti utk sesi penggal baru 2022/2023...oleh kerana terlalu risaukan penularan covid ni, jadi aku cutikan anak2 aku dari bersekolah dan letakkan mereka di rumah mak aku utk adik aku jaga..Nak dijadikan cerita, adik aku sorang lagi seorang cikgu yang duduk rumah mak aku dah mula sakit2 kepala dan rasa xsihat badan..jadi dia pun buat saliva test..keputusannya negatif..so aku xrisau sgt lah dn letakkan anak2 aku kt umah mak aku mcm biasa..dia cakap mungkin dia sakit kepala tu sbb kene hujan time dia balik mengajar.

Jadi dia pun jumpa doktor dan dpt lah MC 2 hari..pada hari ketiga sebelum ke sekolah, dia pun wat saliva test dan hasilnya adalah POSITIF...mungkin dia dapat dari tempat kerjanya..huhu...Dapat je berita tu, aku pun terpaksa lah amik cuti pagi tu dan tak hantar anak2 aku kt umah mak aku sebab dah ada pesakit covid kt rumah mak aku tu.

Masa terus berlalu..pada hari ketiga setelah adik aku positif tu, anak sulong aku mulai demam..aku pun wat saliva test..dan resultnya adalah positif..Allahuakbar!! Maka di situlah bermulanya fasa penularan covid kami sekeluarga bermula dari anak sulong aku tu..pastu aku pulak positif sbb aku yg jaga anak sulong aku tu (wife kene jaga baby berumur 8 bulan)..pastu diikuti anak ketiga aku positif..lepastu anak aku yg 8bulan tu..lepastu wife aku pulak positif dan akhirnya anak lelaki aku positif.

Antara peralatan yg wajib ada time kuarantin..termometer, oxymeter dan BP monitor.

Tempoh kuarantin aku bermula 28 Feb sehingga 6 Mac 2022 ( 7 hari)

Hari ni merupakan hari kedua aku setelah tempoh kuarantin 7 hari...masih ada lagi kesan2 yang belum pulih iaitu batuk sket dan cepat letih..Aku bersyukur dan redha kepada Allah dengan ujian kali ini..walaupun kami sekeluarga positif tetapi semua urusan dipermudahkan Allah dan tiada perkara yang tidak diingin atau serius yang berlaku..Alhamdulillah anak2 aku cuma demam dalam 2-3 hari shj..isteri aku pun hanya gejala ringan shj...cuma aku jer yang lambat sket pulih..aku demam on off sampai hari kelima..hari keempat aku hilang deria bau..

Demam panas aku hampir mencapai 40 darjah celcius.

Jom aku kongsi antara usaha @ ikhtiar aku hadapi covid-19 sepanjang kuarantin 7 hari di dalam rumah..aku memang amalkan minyak habbatus-sauda dari tahun lepas lagi dan masih lagi diteruskan..sejak kene covid ni, panadol mmg aku telan setiap 7-8jam sehari..disamping itu aku telan vitamin C 500mg setiap hari..pastu aku minum air lemon suam campur madu...oleh kerana tekak aku perit sangat, kadang2 tu aku minum air asam jawa segelas..aku ni kalo demam panas, dia punya panas bukan alang2..hari tu leh capai 39++ darjah celcius...bini aku jelomkan lendir daun bunga raya putih kat dahi aku, aku telan panadol pastu rehat..bila dah ada tenaga sket aku bangun dan minum air kelapa lebih2..dengan kuasa Allah, alhamdulillah demam aku kebah sket lepas tu dan tekak aku pun dah kurang sakit..mungkin hawa panas dalam badan dah keluar agaknya.

Ni lah air kelapa yang aku duk minum tu..korang leh cari kat Famili Mart.

So sampai di sini sahaja perkongsian yang aku dapat kongsikan dengan korang..Ingatlah bahawa Allah tak akan uji hambanya melebihi kemampuan kita sendiri. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286).

No comments:

Post a Comment