Sunday, July 17, 2011

Welcome to Jakarta, Indonesia

Seperti yg dijanjikan, aku sambung lg citer aku ke Indonesia. Kali ni bukan kt Bandung dah..Kali ni kt Jakarta. Aku ke Jakarta menaiki keretapi dr bandar Bandung. Keretapi diorg lebih kurg sama aje dgn keretapi kita...xde pramugari pun.. Antara tujuan aku ke Jakarta adalah untuk melihat Stadium Bong Karno yg akan melangsungkan pertarungan sengit bg perlawanan akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Indonesia..Kitorg tak tgk perlawanan tu, kitorg pegi just nk jampi2 stadium tu aje..Abis jampi kitorg tak tunggu pun match tu..terus amik flight n balik Malaysia.


Pertama kali menjejakkan kaki dalam keretapi Indonesia.

Pemandangan dalam keretapi tersebut..Kira ok gak lah..Xnmpk pun pramugari??Opss dalam keretapi rupanyer..



Ini yg sepatutnya berada dalam semua kenderaan di setiap negara dalam dunia ni...Ini tidak, majalah entah ape2 entah diletaknya.




Pemandangan sepanjang laluan keretapi ni bergerak...padi teres/padi bukit.


Sesampai aje di Jakarta, kami ke bangunan Monas. Bentuknyer ala2 obor gitu..Yg best bangunan ni ialah struktur yg berbentuk api dipuncak bangunan ini telah disalut emas tulen seberat 70kg..perghhh..dh mcm berat aku dh emas tu.


Inilah kenderaan yg kami naiki pusing2 area Jakarta seterusnyer ke tempat target kitorg..Stadium Bong Karno...Kenderaan ini dikenali sebagai Bajai.

Sepanjang perjalanan ke stadium, ombak merah penyokong Indonesia melanda ditepi2 jalan..ombak kuning cuma aku dgn adik aku aje..Penyokong berani mati punyer.. 


Jualan jersi Indonesia di sepanjang jalan..Jersi Malaysia diorg tak nk jual pulak.


Inilah rupa Stadium Bong Karno yg menjadi bukti dan saksi di atas kemenangan Malaysia Piala AFF Suzuki tahun lalu.





Bergambar bersama bomoh Indonesia..Tapi dia tak tau sentuhan aku membuatkan dia menjadi lemah dan akhirnya kemenangan jatuh ke negara tercinta aku Malaysia.



Dua org Die Hard Fan Harimau Malaya..




3 lawan 1?? Tak gentarlah..ini org bumi Hang Tuah lah..hehe

Maka berakhirlah sudah cerita yg aku nk kongsikan sepanjang berada di Indonesia..Terima kasihlah di atas sokongan anda mendengar celoteh "Aku dan Indonesia" sampai siri ketiga ni..InsyaAllah kita akan berjumpa hujung tahun ini dengan siri " 10 hari di Beijing "..



2 comments:

  1. uiks..ko nk g beijing..best2.. =)

    ReplyDelete
  2. bila project nak gi universal studio, singapore? hoho

    ReplyDelete