Monday, September 28, 2020

Mencabar diri berlari dan terus berlari...

 Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang sudi menjengok post aku kali ni..Hari ni aku nk berkongsi pengalaman aku terjebak dalam aktiviti berlari ni iaitu FUN RUN.

Aku sebenarnya dh lama tak berlari..last berlari pada 11 tahun yang lalu di maktab..dan sekarang aku rasa badan aku memang tak mampu nak berlari walaupun sejauh 1km..Nak dijadikan cerita, tanggal 1 September 2019, taman perumahan adik aku CVR (Country Villa Resort, Melaka) anjurkan aktiviti fun run..hari tu pulak jatuh pada 1 Muharram...Hari Ahad...so cuti umumnya dibawa ke hari Isnin lah..kami mmg dah plan utk gathering keluarga cuti umum Awal Muharram..so kami pun berkumpul di CVR dan antara aktivitinya ialah join Merdeka Fun Run anjuran CVR tu..boleh dapat T-shirt n medal kalo berjaya smp ke garisan penamat..tu yang bestnyer...ada ole2 utk kenangan..


Masa nak daftar utk sertai Fun Run tu, aku memang ragu2 boleh lari ke tidak..aku xpernah sertai mana2 aktiviti lari beramai2 ni..pastu fun run kali pertama dlm hidup aku nk sertai ni lak finishing 7km pulak tu...perghhhh...mmg keje giler...biasanya kalo permulaan mula lah dgn 3 km ke..5km ke...ini terus 7km..paluiiii...

Oleh kerana adik-adik pompuan aku pun berani join, aku sebagai abang tak kan xjoin kot..so kami pun daftar..pada malam sebelum fun run tu, kami sekeluarga dah pun berkumpul di CVR..masing2 tak pernah join mana2 fun run...kami semua ni kira 1st time lah join aktiviti fun run..malam tu mcm2 strategi lah yang keluar..ada yg suruh standby ambulance esok pagi..hahahawauuu..ada yg kata nk join ikut smp mana larat pastu suh org dtg jemput guna kereta lah..ada yang kata kita join jer utk rasa pengalaman wp tak habiskan larian..kira mcm2 tanggapan lah yg dibuat kami mlm tu..haha


Keesokkan paginya kami pun keluar rumah berjalan dengan hati yang berdebar menuju tempat berkumpul Fun Run tu..rupanya ramai yg sertai..selepas pemanasan badan, kami pun bersedia mulakan larian menunggu isyarat berlepas..kami pun mula berlari@berjalan..haha


Rupanya berlari ramai2 ni seronok jugak..tak rasa sgt masa berlalu..masing2 semangat berlari..pintas memintas untuk berada lebih depan dr org lain ni mmg lumrah lah time berlumba...aku tak selalu memintas..org yang selalu memintas aku...hahaha..lari punya lari, dah sejauh 2km..pastu smp 3km..masuk je 4km, aku dah pancit..


Tapi dengan semangat untuk mendapatkan medal sebagai kenangan join Fun Run tu, aku paksakan diri aku gak..aku target sorang yg level tinggi sket dr aku yg kat depan n aku follow...follow punya follow separuh nyawa  dah smp 6km rupanyer...


Time ni apa lagi..semangat muncul balik sebab tinggal 1km jer lagi..sedangkan 6km td ko leh buat, xkan 1km jer lagi ko xleh abeskan..aku bermonolog bersendirian sambil mencungap2..hahaha.. Akhirnya aku sampai gak ke garisan penamat..mission accomplished! 



Merdeka Fun Run 7km di CVR ni telah mengajar aku sesuatu...selagi kita belum mencuba, selagi itu kita belum tahu keupayaan diri kita..sejak dari itu, aku mencabar diri aku utk terus berlari..aku dah mula menyertai Fun Run yang lain dan aku dah mula seronok mengumpul medal2 yang aku perolehi drpd fun run yang aku sertai...hampir setiap bulan ada sahaja Fun Run yang aku daftar dan sertai..sehingga lah bulan Mac 2020, tiada lagi Fun Run yang dijalankan seluruh Malaysia kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid 19...yang ada cuma virtual run....



Kini aku sedang membuat persiapan dan telah pun mendaftarkan diri untuk menyertai Half Marathon Melaka sejauh 21KM yang dijadualkan berlangsung pada 8 OGOS 2021..sampai sini sahaja yang dapat aku kongsikan..kita bertemu di post yang akan datang.. Assalamualaikum W.B.T


No comments:

Post a Comment