Friday, July 16, 2021

Anugerah Musim PKP

 Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang sudi menjenguk blog syok sendiri aku ni...haha..Memandangkan tempoh berpantang wife aku berakhir hari ni, so aku nk belanja korang gambau baby aku..Sebelum tu aku nk berkongsi cerita aku dengan korang semua tentang kelahiran cahaya mata aku yang keempat ni dalam musim pandemik..kelahirannya dalam musim PKP ni memang lah sangat berbeza berbanding kelahiran abg dan kakak2 nya sebelum ini..Jom aku kongsi pengalaman kelahiran baby dalam norma baharu.

Seperti yang korang sedia maklum, time2 PKP ni hospital antara kawasan yang dikawal ketat..jadi untuk isteri aku wat check up bulanan, cuma dia seorang jer dibenarkan masuk hospital..xboleh ada orang teman..aku cuma leh hantar dia pastu samada nk tggu dlm kete atau balik..dah tentu lah aku balik sbb rumah aku belakang hospital jer..heee.. 

Nak dijadikan cerita, tengah aku tggu kt umah nk amik dia dr hospital, tetiba aku dpt panggilan dari dia yang dia kene tahan ward sebab leaking..so aku kene standby pakaian dan keperluan dia utk duduk dlm ward..lepas siap semua, aku pun pergilah ke hospital untuk pendaftaran warded isteri aku dan nk serahkan ler brg2 keperluan dia tu..rupanyer aku xdibenarkan jumpa dia langsung dah bila dia dh berada dalam ward bersalin.

So pendafataran semua aku settlekan dengan nurse dan brg2 keperluan pun aku serahkn kt diorang..Time2 pandemik ni, tiada lagi dah kebenaran untuk suami menemani isteri bersalin dlm labor room..So nmpknya pagi tu last aku jumpa bini aku sebelum dia bersalin..pasni jumpa dia terus dah ada baby nmpknya..huhu

Petang tu doc kol aku minta kebenaran untuk induce wife aku sebab dah leaking..lagipun kandungan dah melebihi 36 minggu..so kami pun tunggu lah contraction sambil berwassap2..tengah berwassap2 dgn wife aku dalam jam 3.00pagi (mana dpt tido wife xde sebelah..haha) tetiba wife aku ckp perut dh mula sakit..pastu aku suh dia berehat..setengah jam kemudian aku dapat kol dari dia..Alhamdulillah dia dah selamat bersalin...Syukurrr Ya Allah!




Time2 pandemik ni, Jabatan Pendaftaran Negeri(JPN) ditutup..time tu bulan JUN...so aku pun kol JPN bertanya tentang prosedur norma baharu pendaftaran kelahiran...JPN kata kene wat appoinment dalam online..pada 1hb Julai 2021, JPN telah dibenarkan beroperasi..xlama lepas tu aku dapat panggilan dr JPN utk update appoinment..pada hari appoinment, aku terus ke JPN kat UTC melaka..memang tak ramai sebab yg boleh masuk bangunan UTC tu hanya org2 yang buat appoinment sahaja..


Nama diberi Khayla Safiyyah,
Anak keempat ibu dan ayah,
Bersyukur kami ke hadrat Allah,
Semoga bertambah keberkatan dan hidayah.
.......cehhhhh berpantun pulak dahhhh......

Ni antara gambar2 Khayla yang ada dalam simpanan aku...








Dan ini merupakan gambar Khayla yang terkini iaitu berumur 42 hari..


Alhamdulillah..setakat ini baru 4 org..1 lelaki 3 perempuan..



Sampai di sini sahaja perkongsian aku kali ini..terima kasih kepada semua terutama keluarga kami yang telah banyak meyokong dan membantu kami..tidak lupa juga kepada semua yang telah mendoakan kami semua..terima kasih dan jumpa lagi di entri yang akan datang ..ok bye semua..Assalamualaikum w.b.t...



No comments:

Post a Comment